Pages

Thursday, December 8, 2011

Terengganu Dapat ‘Awang’ Brazil, Nigeria.





Pemain Import Terengganu.


Mereka (pemain import) berkualiti, mampu tingkat prestasi pasukan negeri Terengganu : Mat Zan Mat Aris.

KEBUNTUAN finalis Piala Malaysia, musim lalu mendapatkan pemain import berwibawa berakhir apabila pemain Brazil dan Nigeria dipilih melengkapkan kuota untuk menyarung jersi Terengganu bagi kempen Liga Malaysia dan Piala AFC, musim depan.

Daripada 17 pemain diuji, bekas pemain import KL Plus dari Brazil, Tercio Nunes Machado, 33, dan bekas penyerang skuad remaja Olimpik Nigeria, Sibi Gwar, 24, memenuhi kriteria dicari pengurusan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT).

“Pemilihan dua pemain import ini bukan hanya memenuhi kuota tetapi kerana mereka ada kualiti yang boleh membantu skuad musim depan. 

“Nunes yang pernah menyarung jersi kelab Arasa FC di Brazil bakal bertindak di bahagian tengah bersama Joseph Kalang Tie, Reesyafiq Alwi dan Ismail Faruqi Ashari manakala bekas pemain kelab Nigr Tornado FC di Nigeria, Sibi akan menguatkan barisan serangan bersama-sama Abdul Manaf Mamat dan Abdul Hadi Yahya. 

“Kami yakin adunan ini mampu menjadi pencabar terkuat bukan saja dalam Liga-M tetapi juga saingan Kumpulan F Piala AFC yang membabitkan Kitchee (Hong Kong), Song Lam Nghe An (Vietnam) dan kelab Singapura, Tampines Rovers,” kata pengurus Datuk Che Mat Jusoh selepas perlawanan persahabatan dengan skuad SUKMA Terengganu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, semalam. 

Ditulis oleh : Baharom Bakar
Sumber : Berita Harian Online - Sukan

2 comments:

  1. katanya tak jadi amik Sibi Gwar pasal document tak lengkap. ganti player muda dr gambia. info dari FB.

    ReplyDelete
  2. Ye btul ko ckp tu bro..biasala berita dr paper kan..hehehe

    ReplyDelete