Pages

Monday, December 5, 2011

Fadzli Perkuat T-Team 2012.






Bekas pemain Kebangsaan, Fazli Shaari.


BEKAS pemain kebangsaan dan Selangor, Fadzli Saari antara sembilan muka baru yang akan memperkuatkan T-Team bagi menghadapi saingan Liga Malaysia 2012. 

Jurulatih Yunus Alif berkata, Fadzli digandingkan dengan pemain import yang berasal dari Zambia, Zacharia Simikounda di barisan serangan. 

Menurutnya, bekas penjaga gol Selangor, lqbal Suhaimi dan bekas pemain pertahanan pasukan Kuala Lumpur, Mohd Dzaiddin Zainudin juga akan menyertai T-Team. 

“Turut menyertai T-Team ialah bekas pemain Kedah, Sharil Faizal Shabuddin dan dua bekas pemain Perlis Faiz Subri dan Wan Khairul Kamaruddin,” katanya. 

Yunus berkata, tiga lagi muka baru merupakan bekas pemain Terengganu iaitu Wan Mohd Alif Jasmi, Mohd Zharis Hasna dan Mohd Hassan Basri. 

Beliau berkata, T-Team mengekalkan 15 pemain musim lepas termasuk bekas penjaga gol kebangsaan, Shamsuri Mustafa, Rosdi Talib, Zairo Anuar Zailani dan Tengku Hasbullah Raja Hassan.

Menurutnya, Shamsuri masih lagi dalam kecederaan dan dijangka tidak dapat diturunkan pada awal musim.

Ditulis oleh : Wartawan Sinar Harian
Sumber : Sinar Harian Online - Arena Bolasepak | Harimau Malaya

No comments:

Post a Comment