Pages

Wednesday, December 14, 2011

Lions XII Sasar Dua Piala.





Persatuan Bolasepak Singapura (FAS).


KEMASUKAN Lions XII dalam kancah bola sepak negara menimbulkan polemik kalangan peminat tempatan.

Walaupun Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sudah merestuinya, namun masih ada cakap-cakap belakang yang mempertikaikan perjanjian dua hala dengan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) itu.

Alah bisa tegal biasa, Lions XII yang sebahagiannya dibarisi 10 pemain berumur lebih 23 tahun tetap hadir dengan semangat dan mahu melakukan yang terbaik pada saingan musim depan.

Jurulatihnya, V Sundramoorthy berkata, pihaknya berasa gembira dapat kembali bermain dalam Liga Malaysia setelah 17 tahun berlalu.

“Kami akan cuba dan berusaha yang terbaik untuk me­lalui saingan liga akan datang dengan cemerlang.

“Sekurang-kurangnya kami mahu layak sehingga ke peringkat final, sekali gus menjuarai Piala FA dan Piala Malaysia,” katanya.

Beliau juga berharap anak didiknya mampu mempamerkan aksi terbaik pada setiap perlawanan, sekali gus merangkul kejuaraan.

Lions XII yang dijangka melalui laluan mudah apabila bertemu dengan UiTM FC pada pusingan pertama, namun tidak mahu berasa selesa sebaliknya ingin membuktikan kembalinya mereka dalam Liga M tidak sia-sia.

“Kami ada membuat kajian terhadap pasukan lawan sebagai persediaan untuk menghadapi mereka pada saingan tahun depan,” katanya.

Ditulis oleh : Intan Athirah Rebuwang
Sumber : Sinar Harian Online - Arena Bolasepak | Liga Malaysia

No comments:

Post a Comment