Pages

Sunday, December 11, 2011

Mat Zan Sasar 1 Piala.





Terengganu semasa menjulang Piala FA 2011.


JURULATIH Terengganu, Mat Zan Mat Aris menyasarkan sekurang-kurangnya satu piala akan dimenangi Terengganu dalam kempen Liga Malaysia musim depan, khususnya Piala Liga Super yang tidak pernah dikecapi oleh negeri itu sebelum ini.

Bagi menjayakan misi berkenaan, Penyu mendapatkan tiga pemain skuad Harimau Muda dalam pasukan dan dijangka menjanjikan saingan sengit kepada pemain merebut tempat dalam kesebelasan utama dalam mengharungi kempen Liga Super musim depan.

“Kami seboleh-bolehnya mahu memenangi Piala Liga tahun depan. Saya rasa inilah skuad yang terbaik dan mampu merealisasikan hasrat dan sasaran Terengganu itu,” katanya.

“Dengan kehadiran Mohd Muslim Ahmad, Shukor Jusoh dan Mohd Faizal Muhamad ke dalam pasukan, saya amat yakin skuad Penyu akan bertambah mantap dan cemerlang,” katanya.

Sementara itu, Mat Zan mengesahkan telah mengikat kontrak pemain import iaitu pemain penyerang, Sibi Ghawa dari Nigeria dan pemain tengah, Tercio Nunes Machado dari Brazil.

Ditulis oleh : Wartawan Sinar Harian
Sumber : Sinar Harian Online - Arena Bolasepak | Liga Malaysia

No comments:

Post a Comment