Pages

Wednesday, December 14, 2011

Red Giants Sedia Gegar Liga Malaysia.





Red Giants sedia gegar Liga Malaysia 2012.


BAHANG Liga Super 2012 makin dirasai setiap pasukan terutama dengan kehadiran pemain import yang akan mewarnai Liga Malaysia, tahun depan. Beberapa awang import telah mengesahkan menyarung jersi pasukan negeri dan kelab yang hanya akan berlangsung kurang sebulan lagi.

Setiap pasukan juga dilihat sudah bersedia untuk menghadapi saingan musim depan dan turut tidak terkecuali juara Liga Super 2010, Selangor. Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, setiap pasukan mempunyai kemampuan tersendiri.

“Jika dilihat kebanyakan pemain tempatan telah mula berhijrah ke pasukan pilihan masing-masing yang diyakini mampu menaikkan prestasi pasukan dan pemain itu sendiri.

“Tidak kira Liga Super mahupun Liga Perdana, kita tidak boleh jangka mana pasukan yang mampu bertahan dan bergelar juara akhirnya,” katanya.

Mahu mengulangi kejayaan dua tahun lalu, Gergasi Merah Kuning yang dibarisi 22 pemain tempatan dan dua pemain import akan berusaha melakukan yang terbaik pada saingan musim depan. Beliau turut yakin kemampuan jurulatih, Irfan Bakti Abu Salim untuk mengemudi Selangor dalam mencorakkan posisi dan rentak permainan.

Mengulas mengenai pemain import dari Congo, Lelo Mbele yang mengalami kecederaan, Hamidin mengesahkan pemain itu mampu beraksi sebaik perlawanan Liga Super 2012 bermula.

Dalam perkembangan sama, Hamidin mengulas mengenai Stadium Shah Alam yang dijangka akan boleh digunakan pada April 2012 setelah proses penambahbaikan selesai. Buat masa ini, perlawanan Liga Super 2012 membabitkan Selangor akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil sehingga Mac tahun depan,” katanya.

Ditulis oleh : Intan Athirah Rebuwang
Sumber : Sinar Harian Online - Arena Bolasepak | Liga Malaysia

No comments:

Post a Comment