Pages

Sunday, December 18, 2011

Kenari Positif Hadapi Musim 2012.





Kesebelasan Kedah 2011.


KETIADAAN pengendali Kedah, Wan Jamak Wan Hassan dalam tujuh perlawanan awal Liga Malaysia musim depan langsung tidak menjejaskan persiapan dan moral pemain skuad Hijau Kuning.

Tonggak tengah Kenari, Baddrol Bakhtiar berkata, ketiadaan Wan Jamak bukan alasan untuk mereka mempamerkan aksi yo-yo sebaliknya mahu mengutip seberapa banyak mata sekali gus menjadi pencabar utama dalam Liga Super.

Dalam perkembangan lain, Baddrol berkata, rakan sepasukannya bersemangat menjelang perte­muan menentang PKNS Selangor di pusingan pertama Piala FA yang bakal memulakan sepak mulanya 18 Februari, depan.

“Kami akan memberikan aksi terbaik dan memanfaatkan setiap peluang yang terhidang lebih-lebih bermain di gelanggang sendiri,” katanya.

Musim ini, Kedah menamatkan kempen Piala FA lebih awal selepas terkandas di pusingan kedua apabila tunduk 0-1 kepada pasukan Felda United.

Ulasan penulis : Pasukan Kedah bakal melalui saat getir seperti pasukan Kelantan awal tahun ini di mana Ketua jurulatih Wan Jamak Wan Hassan digantung 7 perlawanan oleh FAM. Tapi situasi ini tidak seteruk yang dialami oleh Kelantan kerana B. Sathianathan digantung selama 6 bulan tetapi Wan Jamak hanya 7 perlawanan sahaja. 

Diharap selepas ini para jurulatih di Malaysia tidak lagi memprotes & lebih berhati - hati dalam membuat kenyataan kepada pihak media kerana padahnya cukup buruk buat pasukan. Lebik baik diam dari berkata - kata. Semua orang tahu bahawa FAM ini "xleh nok tekk cikit habuk!!!" :)


Ulasan artikel : Nick Hafiz
Artikel oleh : Intan Athirah Rebuwang
Sumber : Sinar Harian Online - Arena Bolasepak | Liga Malaysia

No comments:

Post a Comment