Pages

Wednesday, December 14, 2011

Guna Format Terbuka - FAM.





Liga Malaysia 2012.


PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM), akan menggunakan format liga secara terbuka bagi musim Liga Malaysia 2012 bermula 10 Januari depan berbanding pertandingan secara berkumpulan sebelum ini.

Menurut kenyataan FAM, setiap pasukan yang bertanding akan bermain secara timbal balik dan pasukan yang mengumpul mata tertinggi sama ada Liga Super dan Liga Perdana akan meraih kejuaraan.

Sebanyak 14 pasukan akan bertanding dalam Liga Super yang bermula 10 Januari ini manakala 12 pasukan akan bertanding dalam Liga Perdana yang bermula pada 13 Januari.

Pada undian Liga Super semalam, juara Liga Super musim ini, Kelantan diundi di kedudukan ketiga manakala naib juara, Terengganu yang juga naib juara Piala Malaysia musim ini diundi pada kedudukan ke-13.

Pertandingan Liga Perdana turut menyaksikan kemasukan beberapa pasukan kelab seperti Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) FC dan juara Liga FAM musim ini, Betaria FC dari Negeri Sembilan.

Keputusan perlawanan Piala Sumbangsih antara Kelantan bertemu dengan juara Piala Malaysia musim ini, Negeri Sembilan, di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV pada 7 Januari depan tidak akan dikira mata untuk Liga Super berbanding sebelum ini.

Ditulis oleh : Afdah Mujab
Sumber : Sinar Harian Online - Arena Bolasepak | Liga Malaysia

No comments:

Post a Comment