Pages

Wednesday, December 14, 2011

Laluan Sukar - Mat Zan.





Hadapi laluan sukar pertahan kejuaraan Piala FA.


PENGENDALI Terengganu, Mat Zan Mat Aris mengakui pasukannya berdepan laluan sukar dalam misi mempertahankan kejuaraan Piala FA yang dimenanginya tahun lalu.

Walaupun diundi menentang Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada pusingan pertama yang dijadualkan berlangsung 18 Februari depan, beliau tetap tidak memandang rendah keupayaan pasukan lawan.

Katanya, setiap pasukan yang bertanding dalam Piala FA sukar diramal.
“Jika kami menang ke atas PDRM, Terengganu perlu berdepan sama ada Perak atau pun Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di pusingan kedua.

“Andai melepasi pusingan kedua, kami perlu berdepan pula pasukan Singapura iaitu skuad Lions XII FC yang saya jangka mereka tiada masalah mara ke suku akhir berdasarkan undian diperolehi mereka,” katanya ketika ditemui pada majlis undian Piala FA 2012 di salah sebuah hotel terkemuka di Shah Alam, semalam.

Pada masa sama, beliau yakin gandingan muka baru dan lama selain pemain import mampu memperkasakan pasukan Terengganu dalam mengharungi kempen Liga Malaysia, musim depan.

Katanya, sasaran Penyu adalah menjuarai Liga Super selain mahu menjulang Piala Malaysia yang kali terakhir dimenanginya pada 2001.

“Saya rasakan laluan sukar menanti Terengganu namun de­ngan persiapan rapi yang telah dibuat saya harap kami mampu melakukan sesuatu dalam tiga pertandingan domestik yang disertai,” katanya.

Tahun lalu, dibawah bimbi­ngan Irfan Bakti Abu Salim, skuad Penyu menjuarai Piala FA selepas menumpaskan Kelantan 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Ditulis oleh : Afdah Mujab
Sumber : Sinar Harian Online - Arena Bolasepak | Liga Malaysia

No comments:

Post a Comment