Pages

Monday, December 19, 2011

60 Perlawanan Menanti TRW.




ANNUAR Musa (kiri) bertukar dokumen dengan Pengerusi Happy, Cheng Weng Hong pada
majlis menandatangani program kerjasama bagi musim 2012 di Shah Alam, baru-baru ini.


SHAH ALAM - Kelantan bakal mengharungi musim baru yang cukup padat dengan hampir 60 perlawanan terpaksa diharungi skuad Red Warriors musim depan.

Bagaimanapun, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa berkata, pihaknya tidak gusar dengan jadual padat yang akan diharungi kerana persediaan rapi telah dilakukan skuad Kelantan bagi menghadapi cabaran musim baru, termasuk penyertaan pertama dalam Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

"Dengan kehadiran barisan pemain import, kita juga akan menggunakan sistem penggiliran pemain dalam skuad Kelantan. Para pemain kena bersaing untuk mendapatkan tempat mereka dalam kesebelasan utama," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Menandatangani Program Kerjasama KAFA-Happy dan penaja bersama Red Warriors 2012 baru-baru ini.

Menurut Annuar, persiapan awal juga diberi kepada para pemain yang mana langkah tersebut dilakukan agar para pemain benar-benar fokus terhadap jadual padat yang bakal mereka tempuhi nanti. Jelasnya, Kelantan juga akan menggunakan formasi baru pada musim depan dan tidak lagi bergantung kepada 4-5-1.

"Kalau dulu kita terlalu bergantung kepada Norshahrul Idlan Talaha, tetapi kini dengan kehadiran tonggak import seperti pemain kebangsaan Lebanon, Muhammed Ghaddar Mahmoud untuk digandingkan dengan Norshahrul di posisi depan," ujarnya.

Selain itu, beliau memberitahu, Kelantan juga bukan sekadar membawa masuk pemain import untuk tempoh jangka pendek, tetapi sebaliknya mereka bakal dimanfaatkan untuk program jangka panjang.

Ulasan penulis : Musim 2012 cukup padat jadual perlawanan untuk pasukan Kelantan. Ini belum lagi termasuk perlawanan sekiranya Kelantan layak ke peringkat 16 besar saingan Piala AFC 2012 seterusnya mara ke peringkat suku akhir. 

Tan Sri Annuar Musa berkata dalam rancangan Formasi tempohari, penyertaan pasukan Kelantan dalam Piala AFC musim depan bukan sekadar melengkapkan jadual, tetapi juga merupakan pentas terbaik untuk mempamerkan kehebatan  serta mempromosikan pasukan Kelantan di peringkat Asia. 

Ini juga kerana pasukan Kelantan bukan sahaja membawa nama Kelantan sahaja, malah turut membawa nama Malaysia selaku juara seluruh ASEAN, mahupun skuad U23 (Pingat emas Sukan SEA) malah skuad senior juga (Juara Piala AFF 2010). 

Diharap pasukan Kelantan dapat membuat yang terbaik dalam mengharungi jadual perlawanan yang padat di musim depan seterusnya menjadi pasukan pencabar utama di peringkat Liga Malaysia dan juga Asia. Ayuh semua penyokong Kelantan, Sokong Biar Bijok, Napok Bijok, Bertindok Bijok, Main Bijok, Bijok Sokmo...!!! Gomo Kelate Gomo...!!!

Ulasan artikel : Nick Hafiz
Artikel oleh : Wartawan Utusan
Sumber : Utusan Online - Sukan

No comments:

Post a Comment