Pages

Wednesday, December 14, 2011

"Tutup Mulut...!!!" - Hamidin.





Isu Young Lions XII.


NAIB Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin (gambar) mahu pihak yang mempertikai keputusan Singapura menyenaraikan pemain melebihi usia 23 tahun bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan supaya ‘menutup mulut’.

“Kita (skuad Harimau Muda) juga dibenarkan melakukan perkara yang sama (mendaftarkan pemain berusia lebih 23 tahun) bagi mengharungi Liga Singapura (Liga S) musim depan.

“Ia sudah termaktub dalam perjanjian persefahaman (MoU) antara Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) sebelum ini, jadi sesiapa yang tidak mengetahui perkara itu, eloklah duduk diam daripada mempertikaikan itu dan ini.”

Isu itu mula diperdebatkan pemerhati bola sepak tempatan yang jelas ‘tidak senang’ dengan tindakan Singapura yang menyenaraikan 10 pemain melebihi usia 23 tahun bagi mewakili skuad Lion XII FC pada kempen Liga M musim depan.

“KITA (Harimau Muda) juga dibenarkan melakukan perkara yang sama (mendaftarkan pemain berusia lebih 23 tahun) bagi mengharungi Liga Singapura (Liga S) pada musim depan.

“Ia sudah termaktub dalam perjanjian persefahaman (MoU) antara Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) sebelum ini, jadi sesiapa yang tidak mengetahui perkara itu, eloklah duduk diam daripada mempertikaikan itu dan ini.”

Demikian tegas Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin (gambar) yang jelas mahu segelintir pihak yang mempertikaikan keputusan pasukan jiran, Singapura menyenaraikan pemain melebihi usia 23 tahun bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan supaya ‘menutup mulut’.

Isu itu mula diperdebatkan pemerhati bola sepak tempatan yang jelas ‘tidak senang’ dengan tindakan Singapura yang menyenaraikan 10 pemain termasuk kapten, Shahril Ishak yang berusia 28 tahun bagi mengharungi Liga M musim depan.

Tindakan itu seolah-olah ‘dimungkiri’ oleh FAS sedangkan MoU itu pada mulanya difahamkan telah dilaksanakan kedua-dua pihak bagi membantu memartabatkan sukan bola sepak kedua-dua negara.

Mengulas lanjut, Hamidin berkata, pihaknya tidak mengikuti jejak langkah Singapura menyenaraikan pemain yang melebihi usia 23 tahun kerana yakin pengalaman beraksi dalam Liga S nanti merupakan antara medan terbaik bagi menggilap bakat-bakat muda.

“FAM juga menerima tunjuk sebab yang diberikan oleh Singapura (untuk menyenaraikan pemain melebihi 23 tahun) bagi menghadapi Liga M musim depan memandangkan mereka tidak memiliki skuad Piala Presiden, selain arahan kerajaan mereka yang mewajibkan belia di sana supaya mengikuti Latihan Khidmat Negara.

“Mereka langsung tidak diberikan pengecualian waima jika dapat mewakili negara itu di Piala Dunia sekalipun, jadi takkan kita hendak halang.

“Malah, FAS juga mematuhi syarat kami (FAM) yang tidak membenarkan mereka menggunakan khidmat pemain import seperti mana pasukan-pasukan lain dalam saingan Liga M pada musim depan,” katanya kepada pemberita selepas majlis undian Liga M 2012 di Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam semalam.

Hamidin berkata, antara kandungan MoU itu sebelum ini termasuklah mengadakan perlawanan persahabatan antara kedua- dua pasukan kebangsaan yang dijangka diadakan Jun tahun depan, selain pertukaran pengadil dari kedua-dua negara.

“Ini adalah demi kemajuan bola sepak negara kita serta memelihara hubungan baik antara kedua- dua negara, sekali gus menyaksikan kehadiran semula Singapura dalam saingan bola sepak tempatan sejak 17 tahun lalu,” katanya.

Dalam pada itu, Hamidin mengakui tidak mempunyai masalah dengan keputusan pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee yang mahu kekal berlatih di Wisma FAM, Kelana Jaya sepanjang mengharungi Liga S yang akan bermula Februari tahun depan.

“Jika ia tidak sesuai termasuk faktor kos dan keletihan pemain, keputusan itu akan dinilai semula, sama juga seperti mana MoU ini yang akan dinilai semula keberkesanannya pada 2013 nanti,” katanya.

Ditulis oleh : Wartawan Kosmo!
Sumber : Kosmo! Online - Sukan

No comments:

Post a Comment