Pages

Tuesday, December 6, 2011

Sabah Sasar 6 Teratas Liga Super.






Pasukan Sabah FA.


KEDUDUKAN enam teratas adalah sasaran realistik skuad Sabahawks menjelang saingan Liga Super yang dijadual bermula pada awal Januari tahun depan.

Menurut pengendalinya, Justin Ganai meskipun musim lepas mereka berada di tangga ke-10 dan mengatasi pasukan hebat seperti Pahang, Perlis, Kuala Lumpur dan Felda United musim ini, cabaran pasti getir bagi musim 2012.

“Saya sedar, kami tidak boleh meletakkan sasaran terlalu tinggi kerana saingan daripada pasukan lain memang hebat.

“Tetapi saya harus positif dengan kemampuan anak buah dan percayakan kebolehan mereka. Malah, tahap kecergasan pemain kini meningkat kepada 80 peratus,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Selain itu, Justin turut mengatur beberapa siri perlawanan persahabatan bagi menguji keserasian dua pemain import yang telah menandatangani kontrak selama setahun dengan pasukan dari pantai timur Malaysia itu.

“Michael Biard William dan Brendan Gan (kedua-dua dari Australia) akan bersama kami pada perlawanan persahabatan dengan Selangor pada 14 Disember ini, Angkatan Tentera Malaysia (15 Disember) dan Johor FC (19 Disember).

“Sebelum ini saya menilai mereka berdasarkan latihan yang dijalankan dan saya memang berpuas hati dengan prestasi mereka walaupun mempunyai masalah untuk menyesuaikan diri dengan cuaca di sini,” katanya.

Ditulis oleh : Iqlil Dhania Mohamad
Sumber : Sinar Harian Online - Arena Bolasepak | Liga Malaysia

1 comment:

  1. perlawanan persahabatan bertemu Selangor dan ATM bertempat di stadium mane ye?

    ReplyDelete