Pages

Sunday, December 18, 2011

Perak Mampu Gegar Liga M.





Akmal Rizal.


KAPTEN Perak, Shahrul­nizam Mustapha yakin skuad Seladang mampu ‘menggegar’ pada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim hadapan.

Katanya, keyakinan tersebut berdasarkan kepada kesebelasan pemain yang dilihat begitu bersemangat pada setiap sesi latihan hingga mewujudkan suasana ‘harmoni’ dalam pasukan.

Menurutnya, suasana sedemikian secara tidak langsung turut memberi gambaran positif, bahawa semua pemain kini telah bersedia mengharungi cabaran getir dalam Liga-M 2012 nanti.

“Saya berharap suasana sebegini bakal berterusan sepanjang saingan liga nanti bagi membantu pemain mencapai tahap persembahan sebagaimana dikehendaki.

“Ia sekali gus membantu kami untuk merealisasikan sasaran membawa pulang sekurang-kurangnya, satu piala ke Perak musim 2012 nanti,” katanya. 

Shahrulnizam berkata, kedua-dua pemain import Perak, Michal Kubala dari Slovakia dan Lazar Popovic (Serbia) menunjukkan persefahaman bersama pemain tempatan lain.

Katanya, pemain itu tidak mempunyai masalah dari segi komunikasi bersama pemain lain berikutan kedua pihak boleh berinteraksi dalam bahasa Inggeris.

Ditulis oleh : Shahrizal Ahmad Zaini
Sumber : Sinar Harian Online - Arena Bolasepak | Liga Malaysia

No comments:

Post a Comment