Pages

Tuesday, December 13, 2011

Mampu Kembalikan Kegemilangan Kedah.





Zaman kegemilangan pasukan Kedah FA.


MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yakin pemilihan semula pemain yang akan beraksi dalam pasukan Hijau Kuning bagi menghadapi musim baru Liga Malaysia bakal membawa perubahan positif.

Menurutnya, Kerajaan Negeri sentiasa memberi sokongan dan galakan kepada Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) bagi memastikan skuad Kenari terus beraksi dengan cemerlang dalam arena bola sepak tanahair.

“Kita percaya masalah sebelum ini berpunca daripada tiga sudut iaitu penyokong, semangat pemain dan sikap sambil lewa yang ditunjukkan pemain.

“Selalunya jumlah bilangan penyokong turut mempengaruhi motivasi pemain kerana apabila penyokong ramai, pemain akan bermain dengan penuh semangat,” katanya selepas menghadiri Majlis Istiadat Pelantikan Jemaah Pemangku Sultan Kedah diadakan di Istana Anak Bukit, semalam.

Beliau berkata, bagaimanapun usaha untuk mengatasi kelemahan dan masalah perlu ditingkatkan dari semasa ke semasa bagi memastikan pencapaian pasukan terus cemerlang.

Sebelum ini, Kedah mempertaruhkan tujuh pemain baru dengan gandingan dua pemain import dari Brazil bagi menghadapi saingan Liga Super musim depan.

Ditulis oleh : Nurul Fatihah Sulaini
Sumber : Sinar Harian Online - Arena Bolasepak | Liga Malaysia

No comments:

Post a Comment