Pages

Tuesday, December 13, 2011

Aksi Simukonda Pukau Yunus.





Zacharia Simukonda.


PENGENDALI T-Team, Yunus Alif tampak berpuas hati dengan persembahan penyerang import dari Zambia, Zacharia Simukonda yang kembali menunjukkan sentuhan berbisanya meskipun meninggalkan kancah Liga Malaysia sejak tiga tahun lalu.

“Kehadiran Zacharia bersama pasukan ini tepat pada masanya. Dia sudah menunjukkan sentuhan berbisanya apabila menjaringkan gol dalam beberapa perlawa­nan persahabatan yang kita harungi sebelum ini. Lagipun dia sebenarnya sudah masak dengan corak permainan liga di negara kita.

“Sesentengah pihak kata dia sudah tua (35 tahun). Sebenarnya saya sudah periksa dengan pasukan lamanya (Perlis). Dia baru berusia 24 tahun ketika menyarung jersi Singa Utara pada 2007, jadi sekarang dia berusia 28 tahun,” katanya.

Yunus berkata, kemampuan Zacharia yang boleh bermain di dua posisi sebagai defensive midfielder dan stopper juga satu kelebihan buat T-Team dalam mengharungi saingan Liga M musim depan.

Zacharia yang menjaringkan gol kedua Perlis ketika menewaskan Negeri Sembilan 2-1 di final Piala Malaysia 2006 sebelum ini mewakili kelab Red Arrows, Zambia pada 2011 selepas bermain dengan kelab Al-Faizaly dalam liga Jordan pada 2009 hingga 2010.

Ditulis oleh : Mazram Idzam Ridzal Mahmud
Sumber : Sinar Harian Online - Arena Bolasepak | Liga Malaysia

No comments:

Post a Comment