Pages

Friday, December 9, 2011

Tanpa Young Lions, Liga M Tetap Meriah.





Shahril Ishak, Kapten Young Lions.


BUKAN mahu mendabik dada, tanpa kehadiran pasukan Young Lions ke dalam Liga Super musim depan sekalipun, kancah liga tempatan tetap meriah termasuk kemasukan pemain import dalam pasukan-pasukan negeri.

Namun begitu, Presiden Kelab Peminat Bola Sepak Perak (KPBP), Abdul Jamil Othman berkata, dia bukannya tidak mengalu-alukan kemasukan kelab dari Kota Singa itu, cuma berharap pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bersikap tegas dalam beberapa perkara.

“Kita tidak pernah menolak kehadiran mereka untuk sertai Liga Super. Ini satu per-kembangan sihat selepas terdapat kelab luar yang mahu beraksi dengan liga tempatan walaupun liga kita ditakrifkan sebagai gred D oleh AFC.

“Tetapi, mereka sepatutnya harus memahami perjanjian yang dimeterai dan pihak FAM perlu bertegas bukannya tunduk atas alasan yang tidak kukuh seperti itu,” katanya.

Sebelum ini, mengikut perjanjian selama empat musim (2012-2015) yang dilakukan kedua pihak, mereka bersetuju membuat pertukaran pasukan yang membabitkan skuad B-23 kedua-dua negara.

Malangnya, pasukan kendalian V Sundramoorthy itu menampilkan empat pemain berusia 27 tahun - Shahril Ishak, Agu Casmir, Jumaat Jantan dan Sevki Shaban, Khairul Amri (26), Shaiful Esah, Isa Halim, Hyrulnizam Jumaat (25), Taufiq Rahmat dan Suffian Anuar (24).

Ditulis oleh : Intan Athirah Rebuwang
Sumber : Sinar Harian Online - Arena Bolasepak | Liga Malaysia

No comments:

Post a Comment