Pages

Sunday, December 18, 2011

Azidan Tekad Rebut 1st Eleven.





Azidan Sarudin, bekas pemain Kuala Lumpur 2010.


PEMAIN tengah Selangor, Azidan Sarudin memberitahu dirinya 100 peratus bersedia beraksi bersama pasukan Merah Kuning menghadapi kancah Liga Malaysia 2012.

Enggan mendabik dada, Azidan yakin merebut slot kesebelasan utama pasukan berdasarkan komitmen dipamerkannya dalam beberapa siri aksi persahabatan dan kerap menjadi pilihan jurulatih, Irfan Bakti Abu Salim.

“Menjelang musim baru Liga M bulan depan, fokus utama saya adalah berusaha menempatkan diri dalam kesebelasan utama pasukan Selangor. Memang saya akui kerap diturunkan jurulatih sepanjang pertemuan persahabatan sebagai pemain utama. 

“Namun, segalanya terpulang kepada perancangan jurulatih, bagi menentukan sama ada saya menjadi calon utama atau tidak,” katanya.

Azidan, 25, juga berazam membantu Gergasi Merah meraih sekurang-kurangnya satu piala selepas kempunan sebarang gelaran musim ini.

“Tidak kiralah Piala Liga Super, Piala FA atau Piala Malaysia, yang penting kami mahu menang salah satu trofi dipertandingkan nanti,” katanya.

Pada masa sama, bekas kapten Kuala Lumpur itu menyifatkan pasukan Lions X11, merupakan pencabar utama musim depan kerana skuad kendalian V Sundramorty hadir dengan 10 pemain senior dalam pasukan.

“Pada saya, semua pasukan yang menyertai Liga Super amat hebat, tetapi Lions X11 adalah lawan sukar,” katanya

Ditulis oleh : Mohd Fahmi Ismail
Sumber : Sinar Harian Online - Arena Bolasepak | Liga Malaysia

No comments:

Post a Comment