T-Team. |
PASUKAN bola sepak T-Team mengikat seorang lagi pemain import bagi menghadapi persaingan Liga Malaysia tahun depan. Pengurus pasukan Rozi Mamat berkata, Bojan Petrit, 24, berasal dari Bosnia Herzegovina diharap akan dapat membantu T-Team dalam kempen itu nanti.
Sebelum ini, mereka telah mengambil bekas pemain pasukan Perlis yang berasal dari Zambia, Zacharia Simikounda. Rozi berkata, beliau yakin pasukan T-Team akan lebih menyerlah lagi pada tahun depan dengan adanya kedua-dua pemain import berkenaan.
“Apabila selesai semuanya nanti, kita akan baiki mana-mana yang tidak betul sebelum menghadapi kejohanan sebenar,” katanya.
Rozi berkata mutu permainan pemain tempatan telah meningkat dari semasa ke semasa. Sasaran kita sekurang-kurangnya juara liga tahun depan,” katanya. Pencapaian terbaik pasukan kelab dari Kuala Terengganu dalam Liga Malaysia ialah melayakkan diri ke pusingan separuh akhir Piala Malaysia, Oktober lalu.
Ditulis oleh : Mohd Fahmi Ismail
Sumber : Sinar Harian Online - Arena Bolasepak | Liga Malaysia
No comments:
Post a Comment