Pages

Wednesday, December 7, 2011

Terengganu Rancak Pilih Awang Import.





Terengganu FA.


PASUKAN bola sepak Terengganu kini rancak melakukan pemilihan pemain import bagi persediaan menghadapi kempen Liga Malaysia musim 2012.

Selepas menguji empat pemain dari benua Afrika kelmarin, semalam dua pemain import dari Brazil pula diuji pasukan itu.

Pengurus pasukan, Datuk Che Mat Jusoh berkata, keputusan muktamad mengenai pemain import yang bakal beraksi dengan Terengganu akan ditentukan hari ini.

“Keputusan akan dibuat hari ini kerana pendaftaran pemain import akan ditutup esok,” katanya.

Che Mat berkata, pihaknya tiada masalah untuk membentuk pasukan kerana semua pemain tempatan bersedia beraksi dengan Terengganu serta berjaya mendapatkan dua pemain Harimau Muda, Mohd Muslim Ahmad dan Shukor Jusoh.

Terengganu hanya akan mengambil dua pemain import iaitu penyerang dan pemain tengah untuk menghadapi Liga Malaysia musim depan.

Ditulis oleh : Mohd Fahmi Ismail
Sumber: Sinar Harian Online - Arena Bolasepak | Liga Malaysia

No comments:

Post a Comment