Pages

Wednesday, December 7, 2011

Mbele, Dayoub Perkuat Red Giants.





Lelo Mbele, pemain import dari Congo.


SELANGOR mengesahkan sudah mendapatkan dua pemain import untuk menghadapi saingan Liga Bola Sepak Malaysia (Liga M) musim depan.

Dalam usaha memantapkan pasukan, jurulatih, Irfan Bakti Abu Salim menaruh harapan tinggi kehadiran pemain import mampu membantu mengembalikan kegemilangan Merah Kuning.

Irfan yang baru menyertai Selangor awal bulan ini mengesahkan kehadiran pemain import dari Congo, Lelo Mbele sebagai penyerang dan Ramez Dayoub dari Lubnan untuk menguatkan benteng pertahanan.

“Kehadiran pemain import sedikit sebanyak mampu membantu pemain lain mempelajari teknik atau kemahiran baru daripada mereka.

“Malah, dengan gandingan pemain baru dan lama juga diharapkan dapat menyumbang kejayaan buat Selangor,” katanya.

Mengulas mengenai kehadiran pemain import dikhuatiri menjejaskan peluang pemain tempatan, Irfan menegaskan penilaian prestasi pemain adalah sama rata dan yang penting mampu bermain dengan baik.

“Saya berharap mereka dapat fokus pada setiap latihan dalam memastikan saingan akan datang tidak disia-siakan begitu sahaja.

“Buat masa ini, semua pemain masih dalam latihan dan kita akan bertemu dengan Sime Darby esok dalam perlawanan persahabatan,” katanya.

Ditulis oleh : Intan Athirah Rebuwang
Sumber : Sinar Harian Online - Arena Bolasepak | Liga Malaysia

No comments:

Post a Comment