Pages

Monday, December 5, 2011

Wan Zack Belum Pasti Ke Australia.






Wan Zack Haikal masih belum sembuh sepenuhnya dari kecederaan.


PENYERANG Harimau Muda A, Wan Zack Haikal Wan Mohd Noor belum pasti sama ada dapat menyertai skuad kendalian Ong Kim Swee bagi menghadapi tiga perlawanan persahabatan dengan tiga kelab Australia dari 10 hingga 22 Dis ini ekoran kecederaan lututnya yang masih belum pulih sepenuhnya. 

Kecederaan tersebut yang dialaminya ketika perlawanan pertama kelayakan Olimpik 2012 menentang Jepun pada 21 Sept lepas di Stadium Tosu, Fukuoka, menyebabkan beliau terpaksa disisihkan daripada menyertai skuad itu ke Sukan SEA Indonesia baru-baru ini. 

Pemain kelahiran Pahang yang berusia 20 tahun ini berkata beliau masih dalam proses pemulihan daripada kecederaannya yang dijangka mengambil masa dua bulan lagi. 

"Kini saya melakukan latihan senaman secara bersendirian untuk mempercepatkan pemulihan kecederaan lutut saya. Mengenai perlawanan persahabatan ke Australia, saya menyerahkannya kepada Kim Swee sama ada mahu membawa saya atau tidak ke sana," katanya kepada Bernama.

Skuad Bawah 23 negara dijadual menentang pasukan Sydney FC pada 13 Dis, Central South Mariner pada 15 Dis sebelum menutup aksi menentang Newcastle United pada 19 Dis.

Ditulis oleh : Bernama
Sumber : Sinar Harian Online - Arena Bolasepak | Harimau Malaya

No comments:

Post a Comment