Pages

Tuesday, December 6, 2011

Kelantan Atur 3 Perlawanan Lagi.






Tan Sri Annuar Musa.


KOTA BHARU – Tiga pasukan termasuk sebuah kelab yang menjuarai Liga Qatar antara pasukan yang bakal dihadapi oleh skuad Kelantan dalam siri perlawanan persahabatan yang diatur oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) di Kota Bharu sepanjang bulan ini.

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, selain kelab tersebut, dua pasukan yang beraksi dalam Liga Super musim depan iaitu T-Team dan Terengganu juga turut mengesahkan akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan Kelantan.

“Saya baru sahaja mendapat persetujuan lisan mengenai kehadiran kelab tersebut ke Kota Bharu. Cuma tarikh untuk perlawanan persahabatan ini kita masih belum tetapkan bila ia akan diadakan.

“Ini merupakan fasa kedua bagi persiapan pasukan dimana kita memberi tumpuan kepada beberapa perlawanan persahabatan sebagai persediaan menghadapi perlawanan Sumbangsih. Perlawanan persahabatan menentang T-Team akan diadakan pada 10 Disember dan Terengganu pada 31 Disember nanti.

“ Jika perlu kita merancang untuk ke utara tanah air pada pertengahan bulan ini bagi menghadapi beberapa perlawanan persahabatan lagi di sana. Namun itu masih dalam perancangan kita dan belum dimuktamadkan lagi.

Mengulas mengenai persiapan pra-musim skuad Kelantan yang berakhir minggu lalu, Annuar yang cukup gembira dengan empat kemenangan daripada lima perlawanan tetap memberi peringatan itu merupakan sebahagian daripada permulaan kepada beberapa fasa persiapan terakhir The Red Warriors bagi menghadapi saingan liga tidak lama lagi.

“Bulan November yang tidak sia-sia bagi kita apabila mencatatkan keputusan yang memberangsangkan dalam perlawanan persahabatan tersebut. Kita mendedahkan (perlawanan persahabatan) kepada pemain muda sebagai langkah jangka panjang dan terbukti ia menepati matlamat kita.

“Bulan ini bermulalah fasa kedua bagi kita. Dengan kehadiran pemain import, beberapa baru dan pemain senior yang melengkapkan pasukan, bukan lagi soal mencuba atau memberi pendedahan sebaliknya cabaran baru kepada jurulatih yang perlu mengadunkan ketiga-tiga elemen itu bagi membentuk sebuah pasukan yang mantap,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Annuar turut menjelaskan Kafa turut melepaskan beberapa pemainnya kepada pasukan lain bagi membolehkan mereka mengembangkan karier masing-masing.

“Selain Khairan Eruan (Razali) yang mengikat kontrak dengan Felda United FC, kita juga turut meminjamkan Mohd Nizab (Ayub) kepada pasukan yang sama manakala Wan Zaman (Wan Mustapha) dan Zul Yusri (Che Harun) dipinjamkan kepada pasukan Perlis,” katanya.

Credit to : Kelate.Net
Dipetik dari : Kelate.Net

No comments:

Post a Comment