Pages

Wednesday, December 14, 2011

Arab Saudi Mahu Uji Malaysia.





Arab Saudi mahu uji Harimau Malaya.


REPUTASI Harimau Malaya di rantau Asia Tenggara semakin diperkatakan apabila kini dijemput pasukan Arab Saudi untuk aksi persahabatan tahun depan. Pengurus pasukan, Datuk Subahan Kamal berkata, perlawanan tersebut bakal berlangsung di Melbourne, Australia pada 27 Februari depan.

“Mereka membuat permintaan berlawan dengan kita sebagai persediaan menghadapi kelayakan Piala Dunia 2014. “Ini menunjukkan skuad kebangsaan mempunyai mutu permainan bertaraf antarabangsa,” katanya.

Selain itu katanya, pasukan Congo turut menjemput untuk aksi persahabatan dan ia masih dalam peringkat perbincangan dan kemungkinan perlawanan akan diadakan di negara ini.

“Bukan sahaja Congo, malah Iran, Paraguay dan beberapa negara turut menjemput skuad kebangsaan untuk aksi persahabatan, namun semua masih bergantung kepada perbincangan,” katanya.

Mengulas lanjut, Subahan turut menetapkan sasaran supaya pasukan negara layak ke peringkat akhir Piala AFF Suzuki 2012.

“Sebagai tuan rumah, adalah penting untuk menang dan pertahankan kejuaraan dan saya yakin dengan persiapan rapi tidak mustahil kejayaan dua tahun lalu mampu dikecapi sekali lagi,” katanya.

Ulasan penulis : Elokla Arab Saudi nk uji kehebatan Harimau Malaya. Gunakan peluang ini dengan sebaik mungkin dengan menurunkan kesebelasan terhebat Harimau Malaya. Pilih pemain - pemain yang betul - betul berkualiti & layak untuk menyarung jersi Harimau Malaya. 

Jangan biarkan mimpi buruk dibelasah 5 - 0 oleh Australia berulang lagi dan kepada coach Rajagopal jangan jadi bodoh sombong dengan memasukkan pemain "kesayangan" dalam skuad Harimau Malaya yang ternyata tidak memberi sebarang makna & kelebihan buat pasukan.

Akhir kata dari penulis, semoga para pemain dapat membuktikan bahawa Harimau Malaya layak untuk digelar antara pasukan yang digeruni di peringkat antarabangsa. Maaf jikalau bahasa agak kasar...Kritikan itu perlu dalam memajukan bola sepak Negara... :)

Ulasan artikel : Nick Hafiz
Artikel ditulis oleh : Intan Athirah Rebuwang
Sumber : Sinar Harian Online - Arena Bolasepak | Harimau Malaya

No comments:

Post a Comment