Pages

Wednesday, December 7, 2011

Perak Mungkin Guna Import Korea.





Korea.


Beberapa pemain dari Korea adalah antara yang disebut-sebut oleh para peminat bolasepak Perak bakal menjadi pemain import bagi membawa cabaran Seladang dalam Liga Malaysia yang akan bermula pada 10 Januari depan.

Tiga pemain dari Korea masih lagi bersama-sama skuad Seladang dalam empat perlawanan persahabatan di Lembah Kelang sejak 1 Disember lalu, sementara beberapa pemain dari negara lain kelihatan telah menamatkan sesi pemilihan mereka bersama pasukan Perak. Pemain-pemain Korea tersebut adalah Kim Yong-Jun, Kim Tae-Wang dan Choi Yun-Gan yang berumur di antara 22 dan 28 tahun.

Sebelum ini, mereka bersama-sama pemain dari Brazil, Argentina, Kanada dan Australia serta pemain dari Afrika dan Timur Tengah telah menjalani sesi pemilihan pemain import Perak mulai 21 November lalu.

Norizan Bakar selaku ketua jurulatih Perak bersama-sama penolong jurulatih, Chong Yee Fatt dan Abdul Talib Saidi telah ditugaskan untuk menilai kemampuan para pemain asing tersebut. Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), Datuk Zainol Fadzi Paharudin dilaporkan berkata bahawa Perak akan mengambil dua pemain import bagi musim 2012.

Presiden PAFA itu menambah bahawa dua pemain import berkenaan akan beraksi di posisi serangan dan pertengahan (attacking midfielder). PAFA dijangka membuat keputusan muktamad mengenai pemain import dalam masa terdekat kerana tarikh pendaftaran pemain bagi musim 2012 akan berakhir pada 8 Disember (esok).

Sebelum ini, Perak telah menggunakan perlawanan persahabatan di Lembah Kelang sebagai gelanggang ujian menilai pemain asing yang akan menjadi pemain import Perak kelak. Dalam empat perlawanan persahabatan di Lembah Kelang, Perak mencapai dua kemenangan menumpaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 4–2 dan Sime Darby FC 2-1.

Namun begitu, Perak tumpas dalam dua perlawanan lain kepada Kelantan 1–3 dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) juga 1–3. Walau bagaimanapun perlawanan persahabatan di Lembah Kelang itu telah memberi banyak pengalaman kepada para pemain dalam usaha membentuk persafahaman yang mantap.

Dipetik dari : Pafanews.com
Artikel asal : PerakNews

No comments:

Post a Comment