Pages

Saturday, December 10, 2011

Devan Mahu Gegar Liga M.





K. Devan jurulatih baru Johor FC.


PENGENDALI Johor FC, K Devan tekad mahu menggegar saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan, selepas menjadi jurulatih pasukan yang berpangkalan di Pasir Gudang itu.

Devan ketika dihubungi Sinar Harian semalam berkata, seramai 10 pemain tidak disambung kontrak dan selebihnya adalah muka-muka baru yang dibawa masuk ke dalam skuad.

“Secara peribadinya saya mahu menjejakkan kaki ke separuh akhir. Tidak kiralah sama ada kancah Piala Malaysia atau Piala FA. Malah, pihak pengurusan juga menetapkan sasaran lebih baik berbanding musim lalu.

“Walaupun mempunyai ramai muka baru, tetapi saya akan pastikan mereka mempunyai waktu cukup membina keserasian di padang dan menterjemahkan apa yang dirancang,” katanya.

Seperti pasukan lain, ­skuad Lebah juga akan me­ngadakan beberapa siri perlawanan persahabatan bagi membuat eksperimen awal terhadap pasukan itu.

Antaranya pada 30 Disember ini, mereka akan bertemu dengan pasukan Young Lions manakala 3 Januari depan dengan Johor.

Namun, katanya, perlawanan persahabatan dijangka bermula lebih awal iaitu pada 20 Disember ini, tetapi setakat ini dia masih belum menetapkan mana-mana pasukan yang bakal ditentang kelak.

Ditulis oleh : Iqlil Dhania Mohamad
Sumber : Sinar Harian Online - Arena Bolasepak | Liga Malaysia

No comments:

Post a Comment