Pages

Monday, December 5, 2011

Sokongan Bukan Tiket Selesa.






Sokongan Ultras Malaya.


SOKONGAN tanpa berbelah bahagi tanpa kira kalah oleh sebahagian besar peminat bola sepak negara bukanlah tiket untuk skuad olimpik terus berasa selesa.

Kekalahan tiga perlawanan tanpa mengutip sebarang mata perlu dijadikan pengajaran oleh skuad negara untuk memperbaiki mutu permainan ke tahap yang lebih baik.

Tekanan semakin dirasai oleh anak didik Ong Kim Swee apabila hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi perlawanan timbal balik bakal berlangsung Februari tahun depan.

Penyerang muda negara, Wan Zack Haikal Wan Noor berkata, sekalipun peluang ke Olimpik 2012 tipis, namun tidak mustahil sekiranya baki tiga perlawanan itu direkod tanpa kalah.

“Kami akan cuba melakukan yang terbaik untuk memastikan kemenangan kerana lawan juga bukan calang-calang pasukan.

“Apa yang penting, kami mahu mengutip sebanyak mungkin mata kerana apa sahaja bakal terjadi dalam 90 minit perlawanan,” katanya.

Meletakkan sepenuh kepercayaan terhadap Kim Swee untuk menentukan corak permainan, Wan Zack mengakui mutu dan kemahiran permainan perlu diperkemaskan lagi menjelang perlawanan akan datang.

Mengulas mengenai skuad Olimpik negara yang menjadi sebutan ramai kini, Wan Zack menganggap ia satu perkembangan positif dalam kemajuan sukan bola sepak.

“Kehadiran penyokong yang ramai di stadium memberi semangat kepada pemain untuk menampilkan persembahan permainan yang terbaik buat mereka dan nama negara.

“Sokongan dan kritikan yang membina diperlukan supaya setiap kelemahan dan kekuatan dapat diperbaiki dan diperkemaskan dalam pasu­kan negara,” katanya.

Ditulis oleh : Intan Athirah Rebuwang
Sumber : Sinar Harian Online - Arena Bolesepak | Harimau Malaya

1 comment:

  1. Jangan nak manja sangat..usaha lagi...~

    NO PAIN NO GAIN !!!!

    Harimau Malaya Jersey? Follow this link http://cebagoomarket.blogspot.com/

    ReplyDelete