Pages

Wednesday, December 7, 2011

Singa Muda Buat Kecoh.




Singapore Young Lions.

MOTIF asal pertukaran skuad Harimau Muda A beraksi di Liga Singapura dan skuad Young Lions ke Liga Super untuk pembangunan skuad pelapis Malaysia dan Singapura tampak sudah ‘dicemari’ negara jiran itu yang bertindak menyenaraikan sehingga 10 pemain lebih umur dalam skuad mereka.

Tidak menggunakan nama Young Lions, sebaliknya wakil Singapura itu yang bakal beraksi pada Liga Super bermula 10 Januari depan memilih nama Lions X11 dengan barisan 28 pemain yang diumum, kelmarin, terdiri daripada hanya 18 pemain berusia 23 tahun dan ke bawah.

Selebihnya, skuad V Sundramoorthy itu menampilkan empat pemain berusia 27 tahun - Shahril Ishak, Agu Casmir, Jumaat Jantan dan Sevki Shaban; Khairul Amri (26), Shaiful Esah, Isa Halim, Hyrulnizam Jumaat (25), Taufiq Rahmat dan Suffian Anuar (24).

Biarpun terpesong daripada niat asal pertukaran selama empat musim (2012-2015) yang sepatutnya membabitkan skuad B-23 kedua-dua negara, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad berkata, pengecualian itu hanya untuk musim pertama.

“Ini satu kompromi diberi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM untuk musim 2012 sahaja. Ini disebabkan FAS (Persatuan Bola Sepak Singapura) pada awalnya tidak sedar kerajaan mereka tidak membenarkan pemain muda yang perlu mengikuti Khidmat Negara dikecualikan untuk kejohanan bola sepak,” katanya.

“Memang tujuan asal kerjasama ini adalah pembangunan skuad pelapis. Sebab itu kita tetap akan hantar skuad Harimau Muda A dengan pemain B-23 untuk fokus kepada pembangunan dalam Liga Singapura,” tambah Azzuddin.
 
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) di antara FAM dengan syarikat pembekal vaksin kesihatan, Sanofi Pasteur yang diwakili ketuanya bagi Malaysia, Singapura dan Brunei, Stanley Ho di Wisma FAM, Kelana Jaya, pagi semalam.

Alasan Singapura menggunakan khidmat 10 pemain senior itu bagaimanapun dilihat lebih sebagai taktik memperkasakan Lions X11 dan adalah tidak logik mereka tidak mempunyai kelompok pemain B-23 lain yang tidak terbabit dengan Khidmat Negara.

Jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee yang turut hadir pada majlis itu pula berkata, dia akan memuktamadkan senarai 30 pemain untuk didaftarkan bagi saingan Liga Singapura 2012 tanpa seorang pun pemain lebih usia 23 tahun.

“Selain 30 pemain itu, kita juga meletakkan senarai tambahan 20 hingga 30 pemain Harimau Muda B, jika ada masalah tertentu (seperti pertindihan jadual liga dan aksi Kelayakan Olimpik),” ujar Kim Swee.

Psst : FAM baik hati benar Young Lions selit pemain senior... :)

Ditulis oleh : Wan Fakhrul Bakar
Sumber : Berita Harian Online - Sukan

16 comments:

  1. klu org luar bkn main baik lg.... tp terengganu rayu mintak tempoh lanjut pendaftaran...haram...xlayan...

    ReplyDelete
  2. FAM apa sudah jadi!Cakap Tarak Serupa Bikin!Tak Ada Pendirian.!Rombak Semula Pengurusan FAM...U23 Ttap U23..knapa ada pengecualian utk musim 2012?

    ReplyDelete
  3. FAM..biase r..ngan org luar..baik nk mmpus even dieorg buat salah..klo klab2 buat salah skit...cis..truk kene lipat..

    ReplyDelete
  4. ok la tu kot.kalo FAM tak bagi diorang main sini.maknanye Harimau Muda tak boleh main kat sane la kan? nampak macam ade give n take.

    tapi kalo dorang lanjutkan tempoh pendaftaran buat pemain2 kelab.ape kebaikan untuk dorang dan kelab2 yang dah register pemain awal2? tak adil untuk pasukan yang dah bersusah payah carik player awal2 demi nak kejar dateline tu.tapi pasukan2 yang mintak tangguh ni terhegeh2 buat keje.dah nak tutup tarikh register baru kelam kabut nak buat pemilihan pemain la ape sume.

    ReplyDelete
  5. Orang2 FAM ni ngn bangsa sndri je brani ngn bangsa lain kcut kote msok kedlm.. Huhuuu

    ReplyDelete
  6. Give and take htak ko.. Orang kta tnduk je ngn orang sngapore.. Xpyah nk kebulur sngat main at sne...xda hal pnye kalo xmaen.. Kalo ngn bangsa sndri nk tndas mcm kelantn n tggnu.. Fam ptut dirombak.. Pngulas skan pn kne tkar.. Xda istmewanya ngn slangor uh.. Lgpn bkan dia sorg rakyat MALAYSIA..

    ReplyDelete
  7. kalu org luor bkn main lg bg chance,,,kalu prmintaan org sndiri tegas nak mampusssss....mcm ni la A.F.M,,,asal duit ma$Yukkkkk...xpe..

    ReplyDelete
  8. ok la tu. Ape masalah ? Lagi ada fight liga super 2012. Diorg gak yang rugi,skuad pelapis xde pendedahan. Aku ingatkan diorg tarik diri, ini bru masalah ! Sikit melenting korang ni. Macam pundek .

    ReplyDelete
  9. tak pe la. bagi diorg main. lps tu injured kan semua star2 diorg. hahahaha

    ReplyDelete
  10. kalu org lua salah,pengecualian la,ape la..
    kalu team dlm ngara salah,6 bulan gantung,penjara seumur hdop!.. mapuh mu fam

    ReplyDelete
  11. oh. Rakyat dimalaysia dah kecut telur rupanya. Haha. Selamanya malaysia loser . Majulah SINGAPURA !

    ReplyDelete
  12. apahal mamat singa ni org tgh kutuk fam tibe2 plak ckp kecut ...

    ReplyDelete
  13. ceh.. tetiba plak kuar isu terengganu tu pekehal yob??? terengganu tu bangang sbb dah lama dah bg tarikh.. tp bodo sbb xnak amik pemain import awal2.. dah sampai tarikh dateline baru nak kalut... sakai betul... alasan? Pemain import pegi PLKN? haha

    ReplyDelete
  14. Lex arr bro...skg masalah kt FAM...diorang mudaH LEMBUT HATI ngn bangsa lain..tu yg MASALAH skg ni...singapore nk masuk ALEXANDER DRIC pn gua xkisah bro...tpi FAM ni ngan bangsa lain mudah je bagi excuse..ngn bangsa sdiri TEGAS GILERR..tu je yg xpuas hajti skg...singapore tu lantakk arr nk letak team ape pn..

    ReplyDelete
  15. baeknye FAM..mcm bab* pown ad...ngn psatuan negeri bukn maen lagi..mtak lnjutkan dateline pmain import pown xdlyan...ni sngapore ciap smpai lnggr syarat...dye ley plk tolk ansur...mmg org atsan FAM ni xleyh pkai...bodoh,sume pkir cmne nk kmbungkan prut ngn dwet hram jer...ble bolasepak mlysia nk mju??tukr2 la org atsan tu....

    ReplyDelete
  16. young lions cuak nak anta pemain mude, , takot kalah ,podalah lu anjeng tak de telor

    ReplyDelete