Pages

Thursday, December 8, 2011

Nazmi Enggan Ikut Jejak Abang Senior.





Nazmi Faiz Mansor.


BINTANG muda bola sepak negara, Nazmi Faiz Mansor, tetap mahu kekal bersama Harimau Muda sekalipun ditawarkan kontrak menyertai pasukan negeri.

Nazmi,17, yang mencetuskan fenomena apabila meledak gol pada jarak 20 meter menentang Bahrain pada minggu lalu mengakui masih banyak perkara yang perlu dipelajarinya terutama kemahiran bola sepak.

Enggan mengikut jejak langkah empat abang seniornya dalam Harimau Muda yang berhijrah ke pasukan negeri, Nazmi mahu memantapkan permainannya terutama pada baki tiga perlawanan dalam saingan kelayakan Olimpik tahun depan.

“Saya masih sayangkan Harimau Muda, malah berada dalam pasukan ini juga sudah cukup bertuah kerana setiap kelemahan dan kekuatan dapat diperbaiki,” katanya.

Pada masa sama, anak jati Kuala Lumpur itu berharap dapat bergabung bersama pasukan Harimau Malaya yang juga pasukan kebangsaan negara suatu hari kelak.

“Saya akan melakukan yang terbaik sekiranya terpilih menyarung jersi pasukan kebangsaan,” katanya.
Mengulas sama ada berminat menyertai kelab luar negara, Nazmi berkata, ia akan dipertimbangkan kerana peluang tersebut dapat digunakan untuk mempelajari pengalaman dan teknik baru dalam bola sepak.

Sebelum ini, empat pemain Harimau Muda mengesahkan penghijrahan mereka ke pasukan negeri iaitu Shukor Jusoh dan Muslim Ahmad (Terengganu), K Gurusamy (Selangor) dan Mohd Zamir Selamat (Johor FC).

Ditulis oleh : Intan Athirah Rebuwang
Sumber : Sinar Harian Online - Arena Bolasepak | Liga Malaysia

8 comments:

  1. Pendirian yang bagus..jgn mengejar duit semata2..syabas NAZMI...

    ReplyDelete
  2. memang la x nak hijrah sebab tempat asala kelahiran kelahiran kuala lumpur,secara automatik dia tak nak..cuba kalau negeri asala kelantan,terengganu,kedah tak pun selangor.Confirm Nazmi akan berhijrah! hahahaha

    ReplyDelete
  3. bro...offer 20k reject tu....respect....bkn kerana negeri..

    ReplyDelete
  4. target KL musim 2015 nnti.

    ReplyDelete
  5. abg Nazmi make a right decision.. GooD Luck to abg Nazmi Faiz Mansor ~

    ReplyDelete
  6. good decision..make harimaumalaya proud

    ReplyDelete
  7. lar , nape Muslim nak ke terngganu ,tak besh la cm nihhh , adeyhh , abes taon dpt yg 22/2/2012 tuhh Muslim takde lagii la ehh ?

    ReplyDelete