Pages

Thursday, December 8, 2011

Isu Young Lions Bikin Pening...!!!





FAM & FAS


ISU Young Lions dari Singapura menyertai Liga Malaysia kian mencetus perdebatan hangat. Tambah membimbangkan apakah ia bakal mencipta ‘krisis dalaman’ Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Keputusan badan induk membenarkan pasukan dari negara jiran itu menggunakan 10 pemain senior untuk musim pertama Liga Super menimbulkan percanggahan pendapat daripada dua pemimpin tertinggi, semalam.

Ketika Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah ‘merelakan’ situasi terbabit sambil menganggap kehadiran lebih ramai pemain senior Singapura bakal menambah kemeriahan Liga Malaysia, timbalannya, Tan Sri Annuar Musa membicarakan hujah yang agak tidak sehaluan.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan itu mahu kedua-dua pihak patuh terhadap perjanjian persefahaman yang ditandatangani, 12 Julai lalu dengan tujuan asal untuk pendedahan dan pembangunan skuad B-23 kedua-dua negara.

Jelas situasi ini ada pro dan kontranya, tetapi FAM sewajarnya membuat pendirian apakah tujuan sebenar kerjasama ini.

Psst : Gua support Tan Sri Annuar Musa beb, sebab beliau berpendirian teguh & Patuh kepada perjanjian yang telah dimeterai sebelum ini.

Ditulis oleh : Wartawan Berita Harian
Sumber : Berita Harian Online - Sukan

10 comments:

  1. suruh je presiden FAM letak jawatan... TUANKU dh terlalu lama pegang jawatan tu.....

    ReplyDelete
  2. Singaporah tdk tunai janji....pengecut...

    ReplyDelete
  3. bagi aku kena ikut leader la..dia yg bt keputusan,dia kena tggjwb la..jgn nnt klu program ini berjaya mcm program harimau muda ke SLOVAKIA korang pn myalak sama..mmg betul spore mungkir janji,tp kena tengok la ape alasan mereka..salah 1 alasan mereka kerana tidak ckup player muda kerana mereka ini semua terlibat dgn PLKN disana..klu separuh drpd player tu terlibat,xkan yg separuh ni nk mharungi perlawanan dgn 11 0rg tanpa ada pengganti(sub)..

    ReplyDelete
  4. tapi kadang2 kita kena pegang pada janji.. memang kena ikut leader tapi xsalah kan kalo kita tegur kalo leader salah. sekadar pandangan

    ReplyDelete
  5. Takkan U19 diorg xleh amik kot...takkan Singapore xde pelapis diorng...aku xkisah lebih 23 main pn tp FAM tu KENE LA TETAP PENDIRIAN & PENGANG JANJI...sampai bila bola kita nk maju kalau xtetap pendirian...btul x geng..??

    ReplyDelete
  6. perlu teguh pndirian...sokong anuar musa

    ReplyDelete
  7. kalau namanya perjanjian...kena tunaikan..singapura takut kalah ni

    ReplyDelete
  8. memang dalam perjanjian singapura kena senarai kan pemain muda dorang je sbb name pun dah YOUNG LION's..
    tapi ap salah ye kalau pemain senior join skali..anggap jela SINGAPURA dah kembali kat liga malaysia..bukan kah dulu ramai yg rindukan singapura...apa nak takutttttt ye...
    kalau nak main game syok sendri sndri je nak menang..smpai bile2 pun kite tetap mcm ni..!!!!
    biarla singapura ngn skuad senior die..lepas ni mane tau brunei lak join balik ngn skuad UTAMA DORANG BALIK..
    BUAT APA NAK TAKOOOOOOOTTTTTTT!!!!!!

    ReplyDelete
  9. MKan lauk singa team Liga Super msim dpan....

    ReplyDelete
  10. SOKONG TAN SRI ANUAR MUSA !~~~ SOKONG TAN SRI ANUAR MUSA !~~~SOKONG TAN SRI ANUAR MUSA !~~~SOKONG TAN SRI ANUAR MUSA !~~~SOKONG TAN SRI ANUAR MUSA !~~~SOKONG TAN SRI ANUAR MUSA !~~~SOKONG TAN SRI ANUAR MUSA !~~~SOKONG TAN SRI ANUAR MUSA !~~~SOKONG TAN SRI ANUAR MUSA !~~~

    ReplyDelete