Pages

Tuesday, December 6, 2011

Irfan Sasar 1 Piala Musim 2012.






Pasukan Selangor FA.


SATU piala menjadi sasaran pengendali baharu Selangor, Irfan Bakti Abu Salim dalam saingan Liga Bola Sepak Malaysia (Liga M), musim depan. Bagi merealisasikan hajat besar itu, beliau menuntut komitmen seratus peratus daripada anak-anak didiknya serta tampil dengan aksi yang lebih bertenaga sepanjang musim.

Menurut bekas jurulatih Terengganu itu, hanya komitmen serta kesungguhan sahaja yang mampu menghadiahkan kejayaan yang diidamkan oleh pasukan. Saya akui ia memang satu tugas berat tetapi kami perlu berusaha ke arah itu. “Namun, saya tetap yakin dengan kemampuan barisan pemain saya kerana mereka juga dahagakan kejayaan,” katanya.

“Yang pasti, sekurang-kurangnya satu piala mesti berada dalam dakapan Selangor musim depan. Tak kiralah sama ada Piala Malaysia, Piala FA atau Liga Super.” Menurutnya, semua pemain Selangor harus berusaha dengan lebih keras dan gigih selaras dengan rekod cemerlang Gergasi Merah Kuning.

Jelasnya lagi, beliau masih tidak menetapkan sebarang formasi buat skuad Selangor kerana masih memerlukan masa untuk berbuat demikian. Menurutnya, apa juga keputsan yang akan dibuat, ia hendaklah serasi dengan gaya permainan pemain Selangor, lagipun sebelum ini mereka sudah biasa dengan formasi 4-4-2 ketika di bawah kendalian P. Maniam yang kini menjadi pembantu Irfan.

“Saya masih belum mengenalpasti formasi yang harus saya gunakan kerana saya perlu menilai kebolehan setiap pemain.

“Sepanjang sesi latihan bermula semalam (kelmarin), saya puas hati melihat prestasi semua pemain. Asraruddin Putra Omar pula dilihat berkebolehan beraksi di posisi pertahanan kiri dan tengah.

“Pemain import baharu Selangor, Ramez Dayoub yang berasal dari Lebanon juga menunjukkan prestasi cemerlang dan saya berharap dia dapat mengetuai benteng pertahanan dengan baik,” katanya.

Pada masa yang sama, Irfan turut lega apabila Selangor berjaya mendapatkan khidmat pemain Harimau Muda A, K. Gurusamy di dalam skuadnya. Tambahnya, pemain berusia 23 tahun itu sememangnya seorang pemain yang berbakat dan kehadirannya amat dialu-alukan.

“Jadi, dengan kehadiran pemain baharu dan lama, saya berharap semua pemain dapat menyesuaikan diri dengan selesa sekali gus dapat menyumbangkan sesuatu buat Selangor dalam singan liga kelak,” ujarnya.

Ditulis oleh : Wartawan Kosmo!
Sumber : Kosmo! Online - Sukan

1 comment:

  1. Come on,kembalikan zaman kegemilangan merah kuning...kami kehausan masa ituuuuuuuuuu...

    Harimau Malaya Jersey? EPL? Follow this link https://www.facebook.com/cebagoomarket

    ReplyDelete