Pages

Wednesday, December 7, 2011

Info Kumpulan H Piala AFC 2012.





Kelantan FA.


Kelantan FA - MALAYSIA

Pasukan Bola Sepak Kelantan FA merupakan salah sebuah pasukan bola sepak di Malaysia yang mewakili Negeri Kelantan Darul Naim. Pasukan ini diurus tadbir oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan atau dikenali sebagai (KAFA) dan berpangkalan di jajahan Kota Bharu, ibu negeri Kelantan Darul Naim. 

Stadium utama pasukan Kelantan FA ialah Stadium Sultan Muhammad Ke-IV yang berkapasiti 25,000. Pasukan ini merupakan salah satu pasukan yang bersaing dalam Liga Super Malaysia, iaitu liga tahap tertinggi dalam Liga Malaysia.

Jurulatih baru bagi pasukan Kelantan FA ialah Peter James Butler dari England. Kelantan FA juga merupakan Juara Liga Super Malaysia 2011 seterusnya layak secara automatik ke peringkat kumpulan Piala AFC 2012. Berikut adalah ssenarai pemain bintang bagi Kelantan FA : 

1. Norshahrul Idlan Talaha - MALAYSIA
2. Khairul Fahmi Che Mat - MALAYSIA
3. Muhammad Ghaddar - LEBANON


Arema FC.

Arema FC - INDONESIA

Arema FC merupakan sebuah pasukan bola sepak Indonesia yang berpengkalan di Malang, Jawa Timur. Kelab yang ditubuhkan pada 11 Ogos 1987 ini bermain dalam Liga Super Indonesia pada ketika ini. Pada musim 2010, Arema FC telah muncul juara dalam Liga Super Indonesia dan naib juara dalam Piala Indonesia. 

Kelab ini dibimbing oleh jurulatih dari Bosnia Herzegovina, Seslija Milomir. Kelab yang dikenali sebagai “Singo Edan” ini pernah dua kali layak ke Liga Juara-Juara AFC iaitu pada tahun 2006 dan juga 2007. Namun, hanya pada tahun 2007 sahaja mereka menyertai kejohanan itu selepas mereka tidak menyertainya pada tahun 2006 gara-gara kelewatan mereka mendaftar pemain. 

Pada penyertaan mereka pada musim 2007, mereka sekadar bermain di peringkat kumpulan. Arema FC juga pernah layak menyertai Liga Juara-Juara Kelab Asia pada tahun 1994 dan layak sehingga pusingan kedua.Berikut adalah pemain bintang bagi Arema FC : 

1. Noh Alam Shah - SINGAPURA
2. Roman Chmelo - SLOVAKIA
3. Kunia Meiga (GK) - INDONESIA


Navibank Saingon.

Navibank Saigon - VIETNAM

Navibank Saigon FC merupakan kelab dari Liga Vietnam yang berpengkalan di bandar Ho Chi Minh. Kelab yang diasaskan pada tahun 2009 ini menamatkan saingan Liga Vietnam di kedudukan tempat ke-8 untuk musim 2011. 

Walaubagaimanapun, nasib mereka berbeza dalam saingan Piala Vietnam, apabila mereka berjaya muncul sebagai juara dibawah. Kelab ini dilatih oleh jurulatih kelahiran Vietnam, iaitu Pham Cing Loc. Berikut adalah pemain bintang bagi Navibank Saigon : 

1. Francois Endene - CAMEROON
2. Joseph Ochaya - UGANDA
3. Phan Van Tai Em - VIETNAM


Ayeyawady United.

Ayeyawady United - MYANMAR

Ayeyawady United FC merupakan sebuah kelab dari Myanmar. Kelah yang ditubuhkan pada tahun 2009 ini berpengkalan di Pathein, Myanmar. Dahulunya kelab ini dekenali sebagai Delta United sebelum ditukar kepada Delta Utdta United pada tahun 2010. 

Pada tahun 2011, sekali lagi nama kelab ini ditukar dari Delta Utdtd United kepada Ayeyawady United FC. Walaupun tidak banyak info yang dapat kita ketahui mengenai pasukan ini, mereka turut menggunakan khidmat 3 pemain import yang dari Nigeria dan juga Liberia.

Berikut adalah pemain bintang bagi kelab Ayeyawady United : 

1. Min Min Thu - MYANMAR
2. Stanley Ugochukwu Oguama - NIGERIA


Ditulis oleh : Wawan Faiz, Nick Hafiz
Sumber info : Wiki, Wawanfaiz.com

1 comment: