Pages

Monday, January 2, 2012

ATM Masih Rahsia 1st Eleven.





Muka - muka baru skuad ATM 2012.


PASUKAN sensasi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilihat masih berdiam diri mengenai senarai kesebelasan utama menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini.

Barisan pemain yang rata-ratanya bintang ternama bola sepak negara seperti Hairuddin Omar, pasangan kembar Aidil Zafuan Abdul Razak dan Zaquan Adha, Irwan Fadzil Idrus, Faizal Harun, Azmi Muslim , Rezal Zambery Yahya dan Mohd Fitri Omar menyukarkan jurulatih B Sathianathan untuk membuat pilihan.

ATM dijangka memberi saingan sengit pada saingan musim ini kerana mempunyai jentera pertahanan dan serangan yang baik untuk menangkis serangan lawan.

Keputusan seri 3-3 menentang Lions XII baru-baru ini mungkin memudahkan Sathia untuk menentukan kesebelasan utamanya bagi menghadapi sepak mula yang bakal berlangsung beberapa hari saja lagi.

Sathia bertindak menurunkan semua pemain pada perlawanan tersebut bagi memberi peluang kepada setiap pemain untuk membuktikan keupayaan permainan mereka.

Ketangkasan pemain kelahiran Kuching, Venice Elphi Danny Kaya yang menyumbat dua gol menentang musuh tradisi peringkat kebangsaan itu seakan memberi petanda pemain tersebut bakal disenaraikan dalam kesebelasan utama.

Selain itu, corak permainan pasangan kembar yang juga pemain kebangsaan Aidil Zafuan dan Zaquan Adha tidak perlu dpertikaikan lagi yang dijangka mampu memberi tekanan kepada pemain di pasukan negeri lain.

Ditulis oleh : Wartawan Sinar Harian
Sumber : Sinar Harian Online - Arena Bolasepak | Liga Malaysia

No comments:

Post a Comment