Pages

Tuesday, January 3, 2012

Tunggu Keputusan FAM.





Ujian tahap lux lampu lumpah.


PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM), akan memutuskan dalam tempoh terdekat sama ada perlawa­nan Liga Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah akan diadakan pada waktu siang atau malam.

Ketua Unit Pertandingan Tempatan FAM, Ahmad Fuad Daud berkata, masalah di stadium itu ialah pencahayaan lampu limpah tidak memenuhi piawaian ditetapkan. “Sudah tiga kali kami buat pemeriksaan lampu di stadium ini dan nampak ada perkembangan positif dari masa ke semasa,” katanya.

Menurut Ahmad Fuad, untuk pertandingan Liga Malaysia, cahaya lampu limpah di sesebuah stadium itu mestilah melebihi 800 lux. Beliau berkata, jawatankuasa pertandingan tempatan akan mengadakan mesyuarat sedikit masa lagi bagi membincangkan sama ada stadium itu boleh digunakan pada waktu malam atau tidak.

Beliau yang juga penolong Setiausaha Agong FAM berkata, pencahayaan lampu limpah di stadium itu pada keseluruhannya melebihi piawaian yang ditetapkan mengikut bacaan dibuat di situ malam semalam.

Menurutnya, paling lewat keputusan akan di peroleh pada 3 Januari (hari ini), kerana ia perlu diputuskan tujuh hari sebelum perlawanan pertama pada 10 Januari ini bagi memudahkan urusan penjadualan.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Fuad berkata, tiga stadium telah diluluskan untuk bermain pada waktu malam iaitu Stadium Sultan Muhammad ke IV Kota Bharu, dan di Sabah serta Sarawak.

Manakala Stadium Hang Jebat dan Stadium Hang Tuah di Melaka, Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang dan Stadium MP Selayang di Selangor, perlawanan hanya akan diadakan pada waktu siang.

Ditulis oleh : Norhafiza Musa
Sumber : Sinar Harian Online - Arena Bolasepak | Liga Malaysia

No comments:

Post a Comment