Pages

Tuesday, January 3, 2012

Azam Tahun Baru Apex.





Mahu tahun 2012 diwarnai kejayaan untuk dirinya.


DI SEBALIK segala kontroversi yang melanda penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat sepanjang tahun lalu, empunya diri kini berazam mahu memastikan tahun 2012 diwarnai dengan kejayaan untuk dirinya.

Lebih dikenali sebagai Apex, beliau mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada karier bola sepak selain mencipta sebanyak mungkin kejayaan bersama skuad kebangsaan dan Kelantan tahun ini.

“Saya mahu melupakan segala masalah yang melanda saya sepanjang tahun lalu dan berjanji ia tidak akan berulang lagi. Azam saya pada tahun ini ialah mahu mengembangkan karier ke peringkat lebih tinggi.

“Saingan musim 2012 nyata cukup mencabar kerana Kelantan akan beraksi di pentas antarabangsa iaitu pada Kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC). Jadi saya harus mempersiapkan fizikal dan mental bagi mengharungi cabaran tersebut,” katanya.

Menurut penjaga gol berusia 22 tahun itu, beliau akan menggunakan segala pe­ngalaman dimiliki sepanjang bersama skuad kebangsaan untuk membantu negeri kelahirannya meraih Piala FA dan Piala Malaysia selain mempertahankan dua lagi kejuaraan dimenangi pada musim lalu.

Ditulis oleh : Mazram Idzam Ridzal Mahmud
Sumber : Sinar Harian Online - Arena Bolasepak | Liga Malaysia

No comments:

Post a Comment