Pages

Tuesday, January 3, 2012

Jengking Sedia Dadapi Liga Perdana.





Persatuan Bolasepak Negeri Johor D.T.


ENGGAN dilabel sebagai pasukan belasahan seperti musim lalu, barisan skuad Jengking kini sudah bersedia berdepan PDRM dalam saingan pembukaan tirai Liga Perdana, 9 Januari ini.

Pengurus pasukan, Datuk Abdul Aziz Sapian berkata, persediaan memantapkan semua pemain bimbangan K Sukumaran itu sudah dilaksanakan melalui ujian pemanas badan dengan tiga pasukan dari Indonesia, baru-baru ini.

“Dalam perlawanan persahabatan menentang Mitra Kukar yang menduduki tangga kedua Liga Super Indonesia, pemain telah menunjukkan peningkatan meyakinkan apabila mampu menjaringkan gol pada minit ke-10,” katanya.

Abdul Aziz berkata, paling membanggakan apabila kesebelasan pemain mampu memberi saingan sengit sepanjang 90 minit permainan walaupun pasukan lawan dibarisi lapan pemain import.

“Apa yang penting dalam perlawanan persahabatan ini, bukan berapa banyak kita mampu jaringkan gol, sebaliknya saya mahu pemain ambil pengalaman termasuk mencontohi skill pemain dari pasukan Indonesia ini,” katanya.

Selain itu, katanya, kesemua pemain pasukan Johor juga turut diuji dengan dua perlawanan persahabatan di Bandung.

“Saya yakin kita telah bentuk satu pasukan yang boleh dikatakan berpengalaman. Kesebelasan pemain utama skuad Jengking juga bakal dibarisi beberapa muka baru termasuk memanggil semula pemain tempatan yang berhijrah ke pasu­kan lain,”katanya.

Pada masa sama, Abdul Aziz turut mengu­mumkan bekas pemain PKNS FC, Ahmad Tharmimi Saiban yang juga anak jati Johor bakal beraksi bersama Skuad Jengking pada musim ini.

Ditulis oleh : Siti Noor Sepee
Sumber : Sinar Harian Online - Arena Bolasepak | Liga Malaysia

No comments:

Post a Comment