Pages

Wednesday, January 4, 2012

Mahali Jasuli Kapten Baru HMA.

Mahali Jasuli, paling senior dalam skuad Harimau Muda A.

PEMAIN pertahanan kanan, Mahali Jasuli secara rasmi diumum selaku kapten baru skuad Harimau Muda A bagi menghadapi saingan Liga Singapura 2012 bermula 9 Februari ini.

Perkara itu disahkan jurulatih skuad B-23 negara, Ong Kim Swee pada sesi latihan pertama skuad berkenaan di Padang Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, petang semalam.

“Mahali adalah pemain paling senior dalam pasukan dan saya yakin dia mampu membimbing pemain muda lain terutama yang baru diserapkan dari skuad Harimau Muda B.  “Saya juga melantik Affize Faisal Mamat dan Irfan Fazail sebagai penolong kapten,” kata Kim Swee ketika ditemui sebelum sesi latihan. 

Pemilihan Mahali, 23, itu dibuat Kim Swee selepas dia kehilangan dua pemain yang pernah menggalas tugas kapten Harimau Muda A sepanjang 2011 iaitu Muslim Ahmad dan K Gurusamy yang kini sudah berpindah ke Terengganu dan Selangor. 

Dalam sesi latihan pertama, petang semalam menyaksikan 29 pemain disenaraikan Kim Swee turun menjalani latihan kecuali enam pemain cedera yang sekadar menjalani latihan ringan. 

“Saya masih belum boleh menggunakan khidmat Izzaq Faris Ramlan, Gary Steven Robbat, Syahid Zaidon, Syahrul Azwari Ibrahim, Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria dan Irfan yang semuanya masih cedera. 

“Cuma saya harap muka-muka baru tersenarai kali ini harus mengekalkan disiplin dan cuba belajar mencari pengalaman sepanjang saingan Liga Singapura nanti. Selepas seminggu, latihan kita akan lebih keras,” tegas Kim Swee. 

Ditulis oleh : Wan Fakhrul Bakar
Sumber : Berita Harian Online - Sukan

Usah Rosakkan Imej Pasukan.

Negeri Sembilan.

PEMBABITAN pemain bola sepak dalam aktiviti menjual perlawanan yang pernah melanda pasukan negeri dan negara sebelum ini nyata memberi pengajaran besar buat Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS).

Bagi memastikan reputasi saingan Liga M musim ini tidak terjejas serta imej pasukan dipertahankan, PBNS sudah mengambil langkah awal dengan memberi amaran kepada pengurusan skuad supaya tidak terbabit dalam kegiatan haram itu.

Menteri Besar merangkap Presiden PBNS, Datuk Seri Mohamad Hasan mengingatkan pegawai dan pemain supaya tidak membabitkan diri dengan gejala itu menjelang saingan pembuka tirai Liga M, menerusi perebutan Piala Sumbangsih antara Negeri Sembilan dengan Kelantan, di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.

Menurutnya, pembabitan dalam kegiatan haram itu bukan saja mengkhianati penyokong yang memberikan sokongan padu kepada pasukan, malah boleh meruntuhkan sukan bola sepak negara.

“Semua pegawai dan pemain sama ada senior mahupun junior perlu perbetulkan landasan masing-masing dengan memastikan tidak terbabit dalam gejala rasuah yang pernah melanda pasukan sebelum ini.

“Jaga maruah diri dan pasukan kerana kita (PBNS) tidak akan berkompromi terhadap sebarang kegiatan menjual perlawanan kerana tindakan itu disifatkan mengkhianati pasukan dan orang ramai yang memberikan sokongan kepada pasukan,” katanya.

Beliau memberikan amaran itu selepas Kongres Tahunan PBNS ke-81 dan memperkenalkan pemain Liga Super serta Piala Presiden. Turut hadir, Timbalan Presiden PBNS, Datuk Mat Ali Hassan.

Menurut Mohamad, tindakan PBNS dalam menangani masalah itu terserlah apabila melaporkan kepada pihak berkuasa terhadap kegiatan menjual perlawanan yang membabitkan pemain pasukan Piala Presiden negeri itu pada 2010.

“Saya harap pegawai dan pemain yang menggalas cabaran kali ini mengambil iktibar daripada kejadian itu dengan menjauhkan diri daripada kegiatan haram itu, sebaliknya memberikan tumpuan kepada usaha menjulang nama pasukan. Jangan sesekali musnahkan harapan peminat yang sentiasa mengharapkan kejayaan pasukan,” katanya.

Mengulas perlawanan menentang Kelantan, Sabtu ini, beliau yakin skuad bimbingan Mohd Azraai Khor Abdullah, mampu melakar kemenangan walaupun mempertaruhkan sebahagian besarnya pemain muda.

“Saya yakin Negeri Sembilan boleh menewaskan Kelantan sekiranya setiap pemain berusaha mempamerkan persembahan mantap seperti dirancang selain bijak menyerap tekanan,” katanya.

Ditulis oleh : Mohd Amin Jalil
Sumber : myMetro Online - Arena

Pesanan Kim Swee.

KIM SWEE (kanan) sentiasa mengingatkan para pemainnya agar memelihara disiplin di dalam
dan di luar padang.

LUMRAH dalam kehidupan, si anak pastinya dirotan si bapa jika terlalu nakal dan sering membuat kesilapan. Ia semata-mata mahu memastikan anak itu tidak hanyut dengan 'helah dunia' supaya berubah dan menjadi insan yang berguna pada masa hadapan.

Pendek kata, yang baik dijadikan pedoman, manakala yang buruk pula dijadi- kan sempadan. Demikian juga ceritanya dengan pengendali skuad Harimau Muda, Ong Kim Swee yang jelas mahukan anak-anak buahnya mengekalkan disiplin tidak kira di dalam mahupun di luar padang.

Memiliki 'naluri' seorang bapa, sudah tentu Kim Swee mahu mana-mana pemain yang terlibat dengan sebarang kontroversi serta kurang berdisiplin sebelum ini supaya kembali 'membuka buku baharu' pada 2012.

"Saya percaya, kunci utama kejayaan pemain tidak kira apa jenis sukan pastinya terjamin jika mereka kekal berdisiplin serta sentiasa berusaha bersungguh-sungguh secara berterusan.

"Justeru, pemain harus sedar tanggungjawab masing-masing bagi mengharumkan nama negara kerana perjalanan kita masih panjang, tambahan pula bukan mudah kita mahu dimaafkan orang ramai jika pernah melakukan kesilapan," katanya kepada Kosmo! semalam.

Semalam, seramai 29 pelatih Harimau Muda kembali berkumpul menjalani latihan seperti biasa di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil setelah sekian lama 'beristi- rehat' sebaik tamat siri ujian persahabatan di bumi Australia pada pertengahan Disember lepas.

Selain pemain lama seperti Mahali Jasuli, Izzaq Farris Ramlan, Mohamad Fadhli Mohd. Shas,Wan Zack Haikal Wan Nor, A. Thamil Arasu, Syahrul Azwari Ibrahim, Mohd. Irfan Fazail dan Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria, beberapa muka baharu juga mendapat kepercayaan Kim Swee kali ini bagi memberikan cabaran dalam saingan Liga Singapura (Liga-S) bulan depan termasuklah V. Kavichielvan, Mohd. Azizan Nordin, Nur Areef Kamaruddin dan Mohd. Firdaus Muhammad.

"Malah, saya menasihatkan pemain supaya menjaga kekuatan mental masing-masing serta tidak mudah tunduk dengan tekanan dalam mana-mana perlawanan antarabangsa.

"Ia ekoran mana-mana pasukan terutamanya dari Asia Tenggara kini sudah tentu bersemangat untuk mengalahkan kita selepas meraih pingat emas temasya Sukan SEA baru-baru ini," kata Kim Swee.

Apa pun, cabaran Kim Swee itu pastinya harus 'dijawab' dengan penuh 'kejantanan' oleh anak-anak buahnya supaya kekal berdisiplin jika mahu cemerlang dalam Liga S nanti, selain mengekalkan fokus kepada sasaran jangka masa panjang termasuk mempertahankan pingat emas Sukan SEA di Myanmar (2013) dan juga Sukan Asia di Korea Selatan pada 2014.

Ditulis oleh : Nan Hidayat Nan Azmie
Sumber : Kosmo! Online - Sukan

Azraii Merendah Diri.

Azraii Khor Abdullah, jurulatih Negeri Sembilan.

PENGENDALI pasukan Negeri Sembilan, Mohd. Azraai Khor Abdullah tidak merasakan pasukannya memiliki kelebihan berbanding juara Liga Super, Kelantan menjelang sepak mula aksi Piala Sultan Ahmad Shah (Piala Sumbangsih) yang membuka tirai saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2012 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini.

Meskipun Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) terpaksa membuat peru- bahan venue tersebut pada saat-saat akhir berbanding Stadium Muhammed Ke-IV di Kota Bharu sebelum ini gara- gara masalah cuaca, Azraai begitupun kekal merendah diri dan merasakan Sang Rusa sebenarnya ‘pasukan pelawat’ dalam perlawanan itu nanti.

“Kita sudah sedia maklum bahawa Kelantan sememangnya mempunyai penyokong yang begitu ramai di selu- ruh negara. “Jadi, saya tidak merasakan ia suatu kelebihan buat kami. Yang pasti, kami akan berjuang habis-habisan bagi menjulang Piala Sumbangsih buat kali pertama,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Akhbar ini semalam melaporkan kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Ha- midin Mohd. Amin yang memberitahu bahawa perubahan venue itu dibuat ekoran musim tengkujuh di Kelantan ketika ini, dan ia telah dipersetujui oleh kedua-dua pasukan.

Begitupun menurut beliau, harga tiket – RM15 bagi tempat duduk terbuka dan RM30 bagi tempat duduk utama (grandstand) – tarikh dan masa perla- wanan iaitu pukul 8.45 malam kekal tidak berubah.

Untuk rekod, Sang Rusa yang muncul juara Piala Malaysia 2011 masih kempunan mendakap Piala Sumbangsih meskipun berpeluang sebanyak dua kali sebelum ini apabila tewas kepada MPPJ dan Selangor pada 2004 dan 2010, manakala Kelantan pernah menjulang piala itu sebaik mengecewakan Gergasi Merah dengan keputusan 2-0 di Shah Alam musim lalu.

Mengulas lanjut kata Azraai, beliau yakin anak-anak buahnya bakal memberikan yang terbaik dalam perlawanan itu nanti meskipun kehilangan tonggak import, Marquen Nuquen Goncalves yang tidak layak diturunkan gara-gara tidak menepati kriteria yang ditetapkan FAM sebelum ini.

Sekadar mempertaruhkan pemain- pemain muda bagi mengharungi saingan Liga M musim ini, Azraai begitupun kekal optimis bahawa beberapa pemain berpengalaman seperti Mohd. Shukor Adan, Idris Karim, Norhafiz Zamani Misbah, Shahurain Abu Samah, S. Kunanlan, Mohd. Farizal Marlias serta pemain import dari Cameroon, Jean Emmanauel Effa Owona mampu memberikan cabaran kepada The Red Warriors.

“Walaupun ia tidak memberikan sebarang mata, saya tidak memandang mudah aksi Sumbangsih yang dilihat menjadi tonik semangat terbaik pasukan saya jika menang ketika berde- pan Selangor bagi aksi sulung Liga Super di tempat sendiri tiga hari selepas itu. “Senang cerita, kedua-dua perlawanan itu sama penting buat saya, asalkan Negeri Sembilan menang,” katanya.